KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2013: Hanya ungkapan Alhamdulillah yang mampu dilafazkan pelakon Adi Putra sebaik saja dia dan isterinya mengetahui isu tuduhan yang mendakwa kononnya dia mempunyai skandal dengan wanita yang berstatus isteri orang.
"Saya hanya ucap Alhamdulillah saja. Saya tidak cakap saya sakit hati pun. Saya hanya kosongkan diri dengan menganggap ianya adalah ujian dari Allah.Saya tidak ada rasa nak marah, jauh sekali nak gelak. Saya ada terima komen mengatakan pada saya bahawa ujian besar ini tanda Allah sayang pada kita.
"Saya tidak boleh kata ia sebagai fitnah. Saya bukannya Tuhan untuk meletakkan sesuatu hukum. Hanya Allah saja yang boleh menghukum," kata Adi ketika sidang media pengumuman dia sebagai duta syarikat Ferrina Beauty diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Mengulas dengan lebih tenang, Adi mengatakan dia tidak mengenali wanita yang didakwa mempunyai skandal dengannya itu.
"Saya tidak kenal wanita itu. Saya diam diri sebelum ini bukan bermakna saya mahu melarikan diri," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment