[Artis] Jika Bersalah, Adi Putra Boleh Dipenjara 5 Tahun?

Waoww, jika Adi Putra didapati bersalah beliau boleh dipenjarakan 5 tahun. Bersalah atau tidak hanya beliau yang tahu. Baca lagi disini ..

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER 2013: Kes skandal yang melibatkan pelakon Adi Putra bersama wanita yang dilaporkan bernama Aida Anne Fasha di laman twitternya itu menjadi semakin besar.

Terbaru, portal murai.com.my diberitahu bahawa seandainya pelakon filem KL Gangster 2 ini disabitkan bersalah, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Memetik laporan HARIAN METRO, kenyataan ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Assisten Komisioner Ruslan Hassan yang memaklumkan bahawa siasatan kes ini mengikut seksyen 509 kanun keseksaan.

Bagaimanapun, ia masih lagi tertakluk kepada keputusan mahkamah nanti.

"Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Telefon bimbit itu di sita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya." kata Ruslan.

Dalam pada itu, pihak polis masih lagi menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita yang berusia linkungan 30-an.

Berdasarkan laporan polis sebelum ini, seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit memberitahu kononnya Adi Putra telah menghantar gambar berkenaan melalui kiriman WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini ada berkomunikasi dengan isterinya sejak akhir Julai lalu dan berpanjangan sehingga Ogos.
Suami wanita tersebut dikhabarkan menemui perbualan pelakon itu dengan isterinya selain gambar yang dimaksudkan sebelum melaporkan hal tersebut di balai polis Skudai.

Apa yang pasti, Adi Putra turut dilaporkan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dengan mendakwa dirinya telah diugut.

0 comments:

Post a Comment

 

Pensel Tumpul Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger